Sunday, September 27, 2009

kad raya collection

Huu~~~ lama tak bukak internet ni. Hampir dekat dua minggu tak bukak. Bila check email sampai dekat 700 lebih tak read lagi, tapi yang paling banyak mestilah facebook punya (hihi).Hari ni dah masuk raya ke-8 kalau tak silap. Tapi still lagi orang pergi beraya kan (tak puas2 lagi ke diorang ni). Ok lah untuk post yang serba ringkas ni aku just nak tunjukkan sebahagian koleksi e-kad raya dari rakan taulan blogger yang bermurah hati untuk mendesign kad raya ni












itu lah dia sebahagian kad raya yang sempat di collect. Kalau yang mane terlupa nak di collect tu mintak ampun banyak2 ye. Bukan tak nak, tapi mungkin terlepas (hihi)....
untuk post2 yang akan datang aku akan upload gambar2 menarik waktu aku beraya....jadi nantikan ye ~~~

p/s: minggu depan dah nak daftar broadband. Tak sabar ooo

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Assalammualaikum kepada pemabaca sekalian (huihhh....1st time bagi salam kat blog ni... selalu rempuh je..)

Rasanya masih belum terlamabat untuk diriku untuk menunjukkan my 1st "e-card" raya (png format)secara tak langsung nak jugak bagi kat siapa2 yang sudi mengambilnya (jangan la malu2).Dah design cantik2 untuk korang semua.Siap format png lagi supaya matching dengan background blog korang
Jadi sila lah terima kad raya yang tak seberapa ni (tu pun kalau sudi la, Kalau tak nak ambik pun tak pe)
sekarang ni tengok semua sebok bagi kad raya digital ni (e-card)...macam ni bangkrup la orang yang jual kad raya kad kedai tu (hihi....kesian)
ini ada sedikit ucapan untuk korang semua.....



Dikesempatan ini ingin ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua blogger2 di Malaysia yang berpuasa(yang tak puasa tu tak yah la raya...hihi...gurau).
Kepada mereka yang pulang beraya kat kampung tu hati2 bawak kete tu.
Jangan terbabas dah.Kalau nagntok berhenti la mana2 (tapi jangan makan pulak...puasa tak habis lagi)
Tak lupa juga kepada mereka yang mengenali diriku tak kira la kat dunia realiti ke alam maya (internet la tu)
mintak ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau pun tersalah tulis(untuk dunia maya je..hihi)
datang la rumah kalau muka tak malu(hihi)
jangan lupa bagi duit raya tau.

~~SELAMAT HARI RAYA~~
~~MAAF ZAHIR DAN BATIN~~

Monday, September 14, 2009

Happy 100th Post to me


huu...setelah sekian lama berblog akhirnya cecah jugak angka 100 untuk total post (haha).Macam tak percaya je. Walaupun nilai dia mungkin tak sebesar mana nak dibandingkan dengan blog korang2 semua yang ntah dah beribu2 kot, tapi benda ni memotivate-kan diriku untuk terus berblog(harap2 la). So untuk post kali ni,aku nak cerita sikit macam mana aku mula berblogging ni.....


KENAPA AKU BERBLOG
sebenarnya aku mula berblogging tahun 2007 awal2 form 5. Waktu tu terpengaruh dengan kawan2 dan sanak saudara tercinta la .Diorang semua ada blog(jeles gila ada website sendiri).So secara tak langsung aku pun daftar la akaun BLOGGER (hihi...tercapai jugak impian).Tapi waktu tu tak tau pulak ada wordpress semua tu. Kalau tak dah lama blog ni guna wordpress.Tapi malangnya bila dah daftar BLOGGER tu tak tau pulak nak update apa...nak bagi nama apa (aduihh pening). So disebabkan tak tau nak tulis apa kat blog, Aku just update benda2 merepek yang kadang2 aku ambik kat website mane ntah (hihi...plagiat). Antara tahun 2007-2008 tu sikit je benda2 yang diupdate. Dalam berapa puluh je. Tapi bermula nya tanggal ??.4.2009 secara tiba2 molecule dalam badan aku bagi signal kat otak untuk aktif berblogging. Pada saat itu lah aku start buat layout baru dengan azam baru supaya orang lagi ramai datang kat blog ni......

KENAPA EZHAN ARTWORK
kenapa pilih nama ezhan artwork ni????.... sebenarnya takde alasan yang specific kenapa pilih nama tu. Sebab aku ni suka sangat membuat benda2 seni ni walaupun basic aku dalam seni ni gak kurang dari segi multimedia dan secara realitinya. Tapi awal2 dulu ada jugak idea nak taruk nama (kedai kopi) (tilam tebal) (rangka dinasour)...hihi..tapi bila fikir balik macam tak best pulak. Sebenarnya blog ni bukan je memaparkan artwork aku dan photo2 yang aku tangkap. Tapi ada jugak pasal benda2 best yang aku rasa nak taruk


GENERAL TOPIC
Ramai orang tanya kat aku...awak ni student multimedia ke???
hahaha...itu la ayat pertama aku untuk jawapan diatas . Mana ada aku bukan budak multimedia aku budak enginnering la (cewah).
  • aku mula berkecimpung dalam digital artwork ni sejak sekolah menangah lagi (secaca specificnay form4). Semua ni bermula bila tengok member2 semua guna photoshop design baju la wallpaper la (uuuu...jeles). So aku pun blaja la sendiri dengan sedikit bantuan rakan2. Makin lama hasil karya kau makin matang (happy). masa kat kolej mara kulim waktu buat asasi, Aku banyak dapat offer untuk design baju la banner la and many more hihi.
  • macam mana pulak dengan fotography?? aku mula mencubukan diri bermula tahun ni la bulan 5 sebab waktu tu baru dapat DSLR. Sebenarnya minat tu dah ada lama dah, tapi takde peluang je. Tapi sekarang aku still sedang memantapkan skill aku..so kepada sifu2 fotography tu...tolong la anaknda ye..
HARAPAN 
  1.  hope dapat hostingkan blog ni satu hari nanti
  2. nak buat tutorial pasal artwork aku
  3. nak jadi seorang blogger yang berjaya~~~haha

thats all from me~~~thank u

p/s: thank you kepada mereka yang menyokong ezhan artwork sehingga terus utuh (ayat fikir dari semalam ni)
      I will also support your blog~~uhuuu

Saturday, September 12, 2009

Alphabetical LIGHT TRAIL

huu~~~seperti yang dijangkakan, memang seminggu sekali je la dapat update blog ni. Tapi tak pe sebab semangat blogger dalam jiwa masih tetap membara(cewah). Harap2 impian nak beli P1 wimax tu cepat2 la terlaksana.

Jadi untuk tidak melengahkan masa lagi~ini dia hasil karya terbaru (alphabetical light trail). Sebenarnya ni hasil aku dan rakan sebilik aku Naim. Naim ni la yang berusaha keras nak lukis sume bentuk2 huruf tu, aku pulak apa lagi tangkap gambar je la. sebenarnya ilham nak buat benda ni tercetus secara spontan nya setelah kitorang tak dapat nak solvekan soalan assignment (tension gila).pastu kitorang pun main2 la dengan kamera.Tiba2 datangla idea nak buat light trail pulak (hihi). Dengan berbekalkan keychain lampu dan sekuntum DSLR.KItorang pun shoot la dengan macam2 gaya yang agak pelik untuk mendapatkan hasil yang konon2nya exelent....tapi hasil dia tak la sebagus mana~~~~tapi untuk mereka2 yang tak tau ABC...ni ezhan artwork ajarkan~


jom tengok lagi....

p/s: amacam, dah pandai ABC ????

Sunday, September 6, 2009

Cinta di sebalik Tingkap

huuu~~~dekat seminggu blog ni tak berupdate.Bukan ape, busy dengan test la, assignment yang berduyun2 la. Hu just sempat jengok blog je tapi update nye tak sempat. Lagi pun sejak dua menjak ni internet kat MFI tu slalu sakit2. Kejap ada kejap takde. Tension2. Nampak gayanya memang kene daftar jugak la P1 Wimax. Baru la boleh update hari2 kan...hihi

ok la. berbalik kepada agenda sebenar. Bile tengok balik tajuk kat atas tu macam nak tergelak pon ada.Post kali ni aku nak tunjukkan gambar yang aku tangkap kat rumah aku sendiri...tengah syok2 main ps2 kat bilik. Dengar la pulak kicauan burung tengah menynyi lagu raya kat tingkap. Pegi l
a tengok. Lepas tu terus grab camera tangkap gambar(candid si burung).Tapi gambar tak brape clear pasal tangkap blakang tingkap je kan....so walau pape pon kita enjoy.

(bercouple di bulan puasa)
(setelah ditinggalkan kekasih)



p/s:itu saje la presentation untuk post kali ini...harap2 minggu ni internet dah ok semula...baru boleh update blog slalu. Kalau tak seminggu sekali je la...huhu