Monday, August 30, 2010

Selamat Meyambut Kemerdekaan Malaysia ke-53

Selamat Hari Lahir yang ke 53 buat negaraku Malaysia dan buat geng-geng blogger dan seangkatan dengannya selamat menyambut bulan kemerdekaan. Diharapkan kita dapat lah memerdekakan diri kita dan berubah kearah yang lebih baik. Tahun ni merupakan tahun paling best untuk menyambut kemerdekaan sebab pada tahun ni 31 Ogos telah jatuh pada 10 Malam terakhir Ramadhan. Maka bertambah2 berkat la kemerdekaan kali ni. Jadi eloklah kita rebut peluang untuk berubah betul2. Cuba la reflect balik apa yang kita dah buat dulu. Perbetulkan mana yang silap. Ingat! masih belum terlambat lagi untuk kita berubah.

Seperti tahun lepas juga, tahun ini aku pon ada buat poster (desktop wallpaper) kemerdekaan. dan pada tahun ni aku agak kekurangan idea sikit macam mana nak buat poster merdeka ni. haha. Puas cari idea. Tak jugak jumpe2. Last2 buat simple2 je. Korang boleh tegok kat atas tu. Agak selekeh kan (nak kritik silalah). Siapa tak tengok lagi design aku tahun lepas boleh klik kat sini. Siapa nak amik buat frame kat dinding silakan lah ye. hihi. Ok lah, sampai sini je untuk kali ni. Sekali lagi nak ucapkan.

::|1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI|::

Friday, August 27, 2010

Saya Peminat Doraemon

Hai semua, hari ni aku juat nak buat entry santai je. Sebab dah lama tak update kan. Nampak boring pulak blog ni. Maklumlah makin nak raya makin banyak design org suruh buat (hihi, rezeki ramadhan). Ok lah, hari ni aku nak ceritakan pasal Doraemon pulak. hihi. Korang suka tak cerita doraemon? Aku sangat la suka cerita katun ni. Rasanya waktu tadika lagi aku mula start tengok cerita ni. Waktu tu jugak la aku rajin habiskan duit nak beli komik doraemon ni. Tapi malangnya sekanrang ni semua komik tu dah hilang. (sedey). Aku suka cerita ni sebab dia banyak tunjuk pasal masa depan dan masa depan memang sangat best pasal semuanya mudah. hihi Punya la syok cerita ni waktu aku tengok dulu, kalau boleh aku nak mimpi masuk dalam dunia doraemon. hihi. Tapi tu dulu la, sekarang dah matured sikit (haha).

Walaupun pelukis asalnya dah mati tanpa sempat nak habiskan cerita ni, tapi cerita ni terus maju ke depan dan sehingga kini masih lagi dikenali ramai dan masih disiarkan kat NTV7. Silap2, atuk kita pon tengok jugak doraemon ni. haha! Ok lah, tanpa melengahkan masa hari ni aku nak bagi tau beberapa faktar yang best pasal doraemon ni.

ok first aku start dengan yang ni dulu.


SINOPSIS

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. -wikipedia-

Nama Doraemon

Dari mana datangnya nama ni kan. So sebenarnya nama ni merupakan gabungan dua nama iaitu "DORA" dan juga "EMON". Maka jadi la equation macam ni ( Dora + Emon = Doraemon). Makksudnya ialah "Kucing Jantan Liar". Haha, macam pelik je kan. Tapi tu la maksudnya

Teknologi pada Doraemon

Tarikh dibuat : 3 September 2112
Kod nombor : MS-903
Berat : 129.3 kg
Tinggi : 129.3 cm 
Kelajuan berlari : 129,3 km / jam (80,3 mph)
Kekuatan melompat : 129.3 cm (424,2 kaki)
kekuatan Maksimum : 129.3 bhp
Diameter pergelangan tangan : 129.3 mm
Diameter kepala dan dada : 129.3 cm
Warna Asal : Kuning
Tempat lahir : Pabrik Robot Matsushiba
Makanan kegemaran : Dorayaki
Kelemahan : Apabila ditarik ekor, Doraemon akan shut-down.

 
Watak-Watak Dalam Animasi Doraemon
Macam yang korang semua tahu, ada 4 watak utama termasuk doraemon. Nobita, Shizuka, Giant dan juga Suneo. Watak lain semua merupakan sampingan.


Ending Doraemon.
Macam yang korang tahu. Pelukis cerita ni ( Fujiko F. Fujio) meninggal sebelum sempat nak tamatkan komik doraemon ni. Oleh sebab tu ramai yang hampa dan melalak tak tentu pasal. Maka atas inisiatif sendiri, ramai fan2 doraemon telah reka sendiri ending cerita doraemon ni. Dan yang aku tunjukkan kat bawah ni merupakan salah satu dari berpuluh2 ending cerita ni. Bagi aku ni la ending paling sempurna  kerana ending dia sangat menyentuh hati dan bertepatan dengan tagline 'happy ending' dan ramai juga yang bagi komen yang memuaskan. Cuba lah korang layan...





Poket Doraemon.
Sepanjang cerita doraemon ni ditayangkan, lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket 4 demensi doraemon. Wow!!! banyak tu. Antara alat paling kerap dikeluarkan ialah helikopter buluh, Pintu kemana sahaja, Meriam angin dan Mesin Masa.

Doraemon Dalam Watak lain -Bonus-
haa. Ni ada bonus aku bagi kat korang. Gambar2 doraemon yang sangat stylo dan comel ni. haha. Tak sangka doraemon ni boleh pegang macam2 watak. tak percaya tengok sendiri...




















p/s: harap korang semua terhibur dengan entry santai ni. Maklum lah, aku ni tak reti sangat nak tulis entry best2 ni. Kalau korang ada info best2 pasal doraemon ni jom lah kongsi, hihi. jumpa anda di post seterusnya.

Thursday, August 26, 2010

dia suka pukul kotak


assalamualaikum :) hari ni mari kita pukul kotak . hahaha tak lawak =_=" . anyway , aku terjumpe mamat ni nyanyi lagu feveret aku dengan pakai satu instrument je . which is MULUT die !  omg gilak la hebad ! gilak hebad ! tengok mamat ni je aku terus pasang lagi satu cita - cita aku untuk jadi beat boxer ( bukan boxer seluar pendek lelaki tu ! ) hahaha enjoyy <3

sekarang aku suda ade lima cita-cita . hahaha tak lawak lagi =_="

Monday, August 23, 2010

randomness




Alhamdullilah aku suda habes bace buku nombor dua Percy Jackson & the Olympians :) tajuk dia "The Sea of Monsters" haha boring jugak kalau puase ni . sampai cerita sepanjang - panjang alam pon boleh habes . heee~ best doe bace buku ni . sebab cite je mengarot - ngarot . haaa i like ! i like ! tapi ... movie dia aku tak tengok lagi laa . adohh . da dekat dua bulan aku mintak mak beli dvd cetakrompak punye pon dia tak beli beli lagi . huishh T___T eh kau ade tak ? nak pinjam ! nak pinjam ! (muka tak tau malu)

buku dia ade empat series . tapi yang kua wayang ade satu je =_="


tajuk dua : markah aku boleh tahan :face57:

anyway , hari aku suda dapat balik kertas pekse . father la bedebar - debar je jantung nak ambek markah heee~ tapi aku tak de fail lagi (SETAKAT NI) . suda ade 3A doe weee~ suke ! suke ! (UP boleh laa) so aku harap la markah ni stay okeyy je . insyaallah :)

Sunday, August 22, 2010

15 Website Mencari Photoshop Brush


Hai hai hai semua. Hari ni aku aku dengan seronoknya nak kongsikan lagi link2 menarik untuk rujukan korang semua. Kali ni aku nak bercerita tetang Photoshop Brush. Korang tau ke photoshop brush ni apa? Rasanya kalau yang pakai photoshop tu mesti tahu punya lah kan. Ok lah, Photoshop Brush ni merupakan salah satu tool basic dalam photoshop. Walupun benda ni basic, tapi benda ni boleh menunjukkan kreativiti korang semaximum yang mungkin. Ada beribu2 corak yang disediakan dalam internet untuk korang download dan masukkan dalam koleksi korang. Yang paling bestnya, kebanyakkannya FREE! yahoo..

Tapi bagi sesiapa yang dah expert dalam photoshop, korang boleh create sendiri corak yang korang nak. Bagi sesiapa yang tak tahu tu, boleh la mintak request ye.hihi. Kalau pemintaan menggalakkan. Aku akan cuba buat satu tutorial mengenai brush. Beralih pada benda yang aku nak kongsikan hari ni. Aku telah berjaya menyenarai pendekkan 15 website yang boleh dikatakan mempunyai banyak koleksi brush yang hebat2 belaka. So korang download la banyak2. Biar photoshop korang hang pon takpe. hihi.


p/s: post ni dah dimasukkan under tag tips/download. kalau korang nak tengok lagi tekan je kat tab tips/download kat atas tu ye. harap korang terhibur. Kalau ada salah betulkan lah ye.

enjoy time ♥


assalamualaikum :face2:

sekarang pekse suda habes . so tension pon suda hilang weeeee~ so ade satu bende je dalam kepale otak aku sekarang which is :

SHOPPING seru5

membara - bara hati aku tau . hari - hari pikir bile la nak shopping raye ni . nak beli baju ape eh ? nak beli kasut ape eh ? suda naik mengigil tangan nak membazir . LOL

aku memang boros :face50: oke tu je . bye

Wednesday, August 18, 2010

Yeay!!! My custom made Pages

Yeay!!! nampak tak perubahan kecil kat blog aku.Akhirya aku berjaya jugak buat custom pages ni. Dah lama sebenarnya nak buat benda ni. Akhirnya terlaksana jugak. So apa korang rasa. Adakah korang rasa benda tu buat menyemak je atau kurang kemas. Kalau korang rasa idea yang lebih baik, boleh la bagi tau ye. Tehee!

Tuesday, August 17, 2010

Photoshop: Photo Touch Up

hye! geng2 sekalian. Haha! kini tibalah saat yang dinantikan, setelah sekian lama. Akhirnya aku berjaya jugak buat tutorial photoshop ni. Huuu, penat jugak la memikirkan step2 nak buat tutorial ni. Maklumlah bulan puasa, otak slow sikit (hihi). Ok, kali ni aku akan sharekan dengan korang macam mana nak "touch up photo" atau pun nak cantikkan kullit muka kita dalam photoshop. Kalau nak diikutkan ada banyak cara. Tapi apa yang aku akan ajarkan ni cara yang mungkin agak susah untuk korang faham. Tapi hasilnya nanti akan nampak lagi realistik. Takde la nampak edit sangat. Cara ni banyak digunakan oleh golongan photographer professional.

Sebab tutorial ni agak advance, jadi siapa tak faham tu cepat2 lah bertanya ye. Apa lagi jom kita mulakan...


STEP 1
pilih gambar yang korang nak. Dalam tutorial ni aku menggunakan wajah jelita Megan Fox.awek aku dulu. Hihi, jangan tergoda pulak ye. Mentang2 puasa kan. Kat sini nak ingatkan korang bebas gunakan apa sahaja photo. Bukan gambar Megan Fox je ye.

STEP 2
tekan pada tool 'Spot Healing Brush'. Brush ni digunakan untuk menghilangkan jerawat, bintik2 hitam dan segala kekotoran kat wajah. Brush ni ibarat 'clean and clear' la.

STEP 3
Ok, bila dah click pada brush tadi, korang duplicate pulak layer asal tadi. Tujuannya kalau kita salah nanti ada la gambar original dia. Kita boleh la ulang balik ok.

STEP 4 (Menghilangkan jerawat)
Zoomkan gambar anda dan cari tompok2 hitam atau jerawat yang nak dihilangkan. Seeloknya besarkan 'Spot Healing Brush' tersebut betul2 besar jerawat@tompok hitam yang nak dihilangkan. Kemudian klik sahaja pada tempat tersebut menggunakan 'Spot Healing Brush' dan automatik akan hilang

dan macam ni la hasilnya bila korang dah cleankan muka guna spot healing brush tersebut. Perhatikan betul2 gambar kat bawah ni. Benda ni agak memakan masa untuk buat. So, janganlah cepat give up

STEP 5
Buat new layer. Pergi pada Layer > New.

STEP 6
Sekarang select pada 'eye dopper tool' dan pergi kat kulit si megan fox (korang buat lah kat gambar sendiri ye) ni dan tekan. Tujuan guna eye dropper tool ni untuk mendapatkan colour yang ada pada kulit si megan fox ni. Kenapa kita nak kan colour kulit dia....tunggu...

STEP 7
Pilih brush dan pilih brush yang nama dia soft brush.( kalau tak jumpa boleh tanya / atau besarkan je gambar ni untuk lebih jelas). Lepas tu setkan opacity pada 19%.

STEP 8 (Melicinkan kulit)
Masih pada setting brush tadi. Bila korang dah buat setting tu. So korang boleh warnakan kulit dia dengan perlahan2. Jika boleh, selalu lah gunakan eyedropper tool tu untuk pilih colour yang berhampiran (faham?). Cth: kalau dahi dia warna kemerah2an. so korang pilih eye dropper tool untuk dapatkan colour dahi tu. kemudian warnakan dahi tu balik dengan brush

STEP 9
Setelah korang berpuas hati dengan hasil yang korang lakukan. Kini korang boleh pulak untuk touchupkan bibir dia yang sexy ni. Apa yang korang perlu buat ialah duplicate layer yang korang baru edit tadi (tekan ctrl + j)

STEP 10
Pilih 'Polygonal Lasso Tool' dan select bibir pada gambar korang tu. Seterusnya bila dah select bibir tu, pergi ke Select > Modify > Feather.

STEP 11
Tekan pada feather tadi dan setkan feather radius kepada 6 ( benda ni terpulang pada masing2). Tekan OK

STEP 12
Kemudian tekan (Ctrl +U) untuk 'hue and saturation'. Tekan pada column colourize. Kemudian warnakan bibir tu ikut selera anda. Nak pink adjust jadi pink, nak hitam adjust jadi hitam. Lepas dah puas hati, klik je OK

STEP 13
Maka terhasillah gambar yang sudah di touch up
Ni merupakan salah satu teknik yang aku tahu. Kalau ada kelapangan aku akan ajarkan teknik lain pula.Kalau korang dah terer photoshop, korang boleh makeup kan sekali gambar korang. Baru nampak lagi berseri. SEKIAN TERIMA KASIH. hihi~

p/s: Kalau ada part yang korang rasa susah nak faham, silalah tanya ye. Atau ada part yang terkurang ke, korang bagi tau je. Maklumlah, aku pon masih dalam proses pembelajaran. Banyak kelemahan dan kekurangan lagi. Kalau salah tegur2 je lah. ( tutorial ni merupakan hak cipta terpelihara ezhan artwork )