Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Tidak disangakan akhirnya RAMADHAN muncul kembali. Tepat waktu maghrib hari ni 1 RAMADHAN akan menjelma dan solat sunat tarawih akan dilaksanakan (macam skema je ayat ni).
  1. Maka pada bulan ini jugalah akan kedengaran bunyi syahdu mercun pop2 dan sebagainya dimainkan. waktu ni tokey mercun kayela. (tapi kalau takde benda ni macam x meriah).
  2. Bulan ni juga la ada mangkuk2 ayun yang gatal ponteng puasa.
  3. Bulan ni juga la akan munculnya makanan2 pelik yang susah nak dapat pada bulan lain.
  4. bulan ni juga la kalau ada waktu free je pegi bantai TIDO. (tu menjadi kemistian)
  5. Bulan ni juga la bagi sesetengah orang berat badan makin naik (isykh3)
  6. Bulan ni juga la banyak rancangan pasal masakan (aduih..lagi la terliurnye)
  7. Bulan ni juga la orang banyak menghabiskan duit ( beli baju raya banyak2...padahal raya sehari je)
  8. bulan ni juga la paling banyak pasar dibuka (bazar ramadhan la tu~~hihi)
  9. Bulan ni juga la buah kurma melambak2 sampai boleh jual longgok je kat pasar (bile bukan bulan puasa..hu...setangkai pun susah nak cari)
  10. Bulan ni juga la .......mmmm ape ye.... (siapa ada idea lagi)
Ok lah.....Kepada seluruh warga Malaysia yang BERblog sekalian dan juga yang takde blog... ~~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~~. Jangan Ponteng tau....


Tuesday, August 18, 2009

Slow shutter speed

ape yang terjadi kalau shutter speed kite terlalu slow...hahaha...
ini dia, hasil yan agak dramatik lagi romantik...
sebenarnye ni 1st time aku try main dengan slow shutter speed.Bukan senang nak dapatkan hasil dia.Tambah2 lagi kalau waktu tu tak guna tripod. Tangan dah la terketar2. terpaksa la mencari benda2 yang boleh menggantikan tripod(tiang signboard). Dan ini antara gambar2 yang terbaik aku dapat. Sebenarnya ada banyak. Tapi taruk sikit je dah le. Bukan nye ada oranag nak tengok sangat..

uuu.tengok la tu....kereta pun jadi macam sepantas kilat. Best sesangat2 bile gamabar jadi macam ni
ni waktu"THE FLASH" melintas

ok lah...itu sahaja untuk entry kali ini. Harap rakan2 semua teruja lah ye. Untuk post entri akan datang mungkin akan di post lambat sikit (sebenarnya memang selalu lambat pun) pasal sekarang ni dah musim test (buku diutamakan...design2 ditangguhkan...kamera simpan je la dulu).

Thursday, August 13, 2009

DVD cover art

setelah lama tak mengupdate blog...huuuu...
rindunya
hari ni tajk mengenai DVD cover art. Ape bendanya tu. DVD cover art ni cover untuk sesuatu cerita tu l yang ada kat depan DVD box tu. Tu la dia. Benda nya simple je. So aku jugak dah berjaya membuat DVD cover art aku sendiri.(hihihi). Tapi mungkin tak se lawa mana la. Maklum la aku ni bukan expert dalam bab mengedit gambar ni. So kat sini aku tunjukkan perubahan yang aku dah buat daripada gambar asal kepada DVD art cover .

Kat bawah ni la gambar yang menjadi mangsa aku (huah3).Gambar ni aku ambik kat internet je. So untuk jadikan gambar ni lebih drastik untuk aku punya DVD cover art. Aku bercadang untuk runtuhkan bangunan ni.Dan hasilnya...


ini dia...filem TOMORROW yang akan ditayangkan selepas RAYA nanti jangan lupa tengok tau(hihihi)

bagi mereka yang malas sesangat nak pergi kat wayang tu, korang boleh la dapatkan DVD dan Blu Ray version nanti ok....


"suppotlah industry perfileman ezhan artwork"

Sunday, August 9, 2009

GI joe mendapat AWARD

tajuk tu sebenarnya main tulis je..hihihi
Setelah sekian lama tak tengok wayang, akhirnya sempat jugak meluangkan waktu pergi tengok wayang. Tengok filem GI Joe. Hu memang best gila arr cerita dia. sikit pun tak membosankan.
Ada je dia punya action..huuu, rugi la siapa tak pergi tengok lagi.
ini ada sedikit review pasal movie ni..:

jalan cerita : best. tak membosankan tapi ada part2 yang tergantung(mungkin sebab diorang nak taruk part tu dalam GI joe 2 kot..hihi)
CGI : tak semantap transformer. tapi still boleh terima la
rating diberi : **** bintang diberikan
kesimpulan : pergi la tengok movie ni kat cinema, kalau setakat download ke beli cetak rompak tak best pasal feel dia takde

lagi satu perkara ....hari ni aku dapat award dari AsOne: .aku dapat award "SmartNOrderlyblog"
hihi(takde la smart mane blog ni sebenarnya)

so memandangkan dia takde bagi syarat apa2. So aku just show je la award ni ok...hihihi
kepada yang lain jangan jeleous ok

haa tengok ni siap dapat sijil lagi tu...caya la

thank you AsOne

Saturday, August 8, 2009

FLORIA 09 putrajaya

Ini ada sedikit cenderahati yang di bawak balik dari floria 09 putrajaya.



ada banyak lagi ni
jom tengok gambar lain pulak....


ini lah dia gambar2 menarik tu....











so ini aja la yang sempat nak di upload, kalau nak upload semua memang letih la...
bagi sesiapa yang tak pergi lagi pergi la sementara masih sempat ni.

Friday, August 7, 2009

HDR ke ni..???

sejak kebelakangan ni, aku minat sangat ngan gambar HDR (high dynamic range). Aku suka sangat pasal dia punya detail lagi menyerlah. Tapi untuk edit gambar HDR ni ada banyak teknik. Tapi setakat teknik edit gambar saja tak cukup. Dia kene jugak tau macam mana nak setting camera untuk tangkap gambar HDR. Tapi aku bab2 kamera ni tak mahir lagi. Baru2 nak belajar je(hihihi)
So...setelah meneliti beberapa teknik untuk edit gambar HDR kat internet. Aku pun try la dengan teknik aku sendiri. Dan hasilnya aku pun tak tau yg gambar aku edit ni HDR ke tak....mmmm ...kalau gambar tu tak clear, pandai2 la korang klik kasi besar ok.

(gambar asal)

(gambar yg disangka HDR)

so kepada sesiapa yang arif pasal gambar atau pun kamera...tologla bagi tau tuan punya blog ni yang gambar ni HDR ke tak....mmmm.

Saturday, August 1, 2009

flickr here I come....


setelah sekian lama nak sangat buat fotopage sendiri, akhirnya aku decide nak bukak akaun flickr.Bukan apa... senang sikit nak menempatkan hasil HOBI ku ini (artwork & photography). lagi pun senang sikit guna flickr ni sebab dia yahoo punya dan aaku merupakan seorang pengguna yahoo yang setia(hihihi..email je la). So kepada korang yang nak tengok hasil karya ku yang lama2 dulu boleh la merantau ke flickr aku ye(jangan segan2 ok). Tapi buat masa sekarang ni gambar tak banyak lagi pasal baru daftar. So, korang kene la tunggu sikit untuk semua gambar2 and artwork aku nak diupload dalam flickr

klik gambar ni untuk flickr ku
My flickr

so apa lagi jom la melawat flickr ku( tak payah segan2)

p/s: sekarang blog ni dah menggunakan system komen yang lebih mudah dan cepat (disqus comment system). So jom la komen2 kat blog ni ok...rigan2 kan la tangan tu.