Friday, December 31, 2010

Summary Ezhan Artwork 2010

Sedar tak sedar 2010 dah pon nak melabuhkan tirai. Macam2 kenangan manis dan pahit dah ditempuhi sepanjang tahun ni. Aku pon dah nak melangkah ke sem 4 Bachelor Engineering Technology in Mechatronic. Makin bertambah la cabaran akan ditempuhi nanti. Tapi tu semua rempah ratus untuk mencapai kejayaan. Kalau nak berjaya memang kena susah dulu.

Blog ezhan artwork ni pon dah menjangkau usia 3 tahun. Kira still baru lagi la kan. hihi. Sebab aku rasa tahun ni la aku betul2 serius menulis blog. Tahun ni jugak la banyak pencapaian yang aku dapat dengan blog ni. Boleh dikatakan blog ni merupakan batu loncatan untuk aku. Sebab dari blog ni la ramai yang nak mengupah aku mendesign. Boleh jugak tambah duit poket. hihi.

Memandangkan hari ni last kita di tahun 2010, aku nak buat srecap/summary pasal perkara yang dah berlaku pada blog ni sepanjang 2010. Jom tengok...


-Overview-
Tahun ni sebanyak 79 post aku dah hasilkan (tak termasuk entry ni). Hihi. Sikit je kan. Sebab aku ni bukan jenis update hari2. Tu yang sikit tu. Kalau malas seminggu sekali je aku update. Haha. Teruk betul aku ni. Sejak bulan Jun 2010 hari tu, aku dah berjaya hasilkan 13 tutorial mengenai photoshop & photography dan juga 7 tips & download. Mmmm, not bad la.

-Traffik dan Follower-
Alhamdulillah trafik dari hari kehari makin meningkat. Walaupun tak naik mendadak. Tapi tetap meningkat dari bulan ke bulan. Setakat ni bulan Disember ni la paling cemerlang sebab traffik hampir mencecah 40k pageview. Alexa pon dah makin baik 302,962. Waktu awal tahun dulu, Alexa aku lebih kurang 1 juta lebih. Gila lah kan. Masa tu aku nak capai 500 pageview sehari pun terkapai2 lagi. haha.

Sampai hari ni aku macam tak percaya sebab dah ada 1885 orang yang follow blog aku (sehingga aku tulis entry ni). Memang 1 pencapaian yang boleh dibanggakan lah sebab aku tak pernah pon nak paksa korang follow blog aku. Terima kasih banyak2 aku ucapkan.


-Kenangan Manis Dalam Blog-

Aku rasa kenangan manis aku untuk tahun ni bermula bila Ariff Shah review blog aku dalam " 10 Blog Kacak Blogger Lelaki 2010 ". Waktu tu la semangat berkobar2 untuk berblogging datang. Kalau tak awal2 dulu macam nak tak nak je. haha

Yang paling best sekali untuk tahun ni adalah pada Oktober lepas bila Berita Harian panggil aku untuk interview dalam ruangan Ikon Lelaki-XY . Fuhh, memang satu penghargaan yang sangat besar la aku dapat rasakan. Tambahan pulak dapat digandingkan dengan ShamHardy dengan RidzuanRichie

(Berita penuh boleh klik sini)

-Design-

Aku rasa tahun ni la aku banyak improve dalam photoshop bila aku dapat banyak tawaran job2 design . Kebanyakannya benda yang 1st time aku cuba. Contohnya macam design cover buku, cover quran, flyers and so on. Walaupun aku tak pernah nak offer khidmat mendesign ni secara public, tapi diorang still lagi menaruh kepercayaan yang tinggi kat aku. Dari situ la aku meningkatkan softskill aku.

Paling best bila aku dapat tempat pertama dalam contest mendesign header untuk zaharuddin.net. Fuhh, 1st time tu menang contest besar macam tu. (klik sini kalau nak tengok berita penuh sini dan sini)

(design paling dibanggakan tahun ni. klik sini)
(1st time design cover buku. Klik sini)

-Ezhan Artwork dan Blogger lain-
Last sekali aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih bagi mereka yang pernah menampirkan nama blog ni tak kira secara terang2an ataupun terselit sikit2. hihi. Sebab semua tu banyak memberi impak pada blog ni tak kira dari segi trafik atau pun mutu dan kualiti blog ni. Antara yang aku dapat senaraikan kat sini ialah:
dan lain2 yang aku pun tak dapat nak trace balik. Hihi. yang mana tertinggal tu bagi tau la balik yek.

Thanks juga pada reader2 yang lain sebab sama ada korang silent reader ke loud reader ke apa2 reader je la. Tanpa korang blog ni tak kan dapat sampai ke tahap macam ni. Walaupun blog ni tak sepopular blogger hebat yang lain. Tapi aku harap korang dapat sedikit sebanyak ilmu baru dari blog ni. Walaupun sikit tapi tu tetap boleh menjadi saham akhirat buat aku. Betul tak.

-Lain-lain-
Tahun ni jugak la aku dah jumpa identiti sebenar aku dalam dunia blog ni. Aku sekarang lebih memfokuskan pada niche tutorial and design. Sebab ShamHardy kata kat aku dulu " Blog yang berniche ni advertiser suka, so senang la dpt iklan nanti dari syarikat pengiklanan". Disamping tu aku ada la juga selitkan benda2 lain yang aku rasa sesuai. Aku sekarang ni nak kurangkan buat post kosong tanpa sebarang pengisian. Buat rugi masa je. Baik aku kongsikan benda yang berguna. Walaupun sikit je aku selitkan dalam satu2 entry tu. Sekurang2nya, aku sendiri boleh belajar balik benda tu. Taklah terlupa bila lama2 nanti.

----------------------------------

Tu je lah kot yang nak diceritakan, karang kalau cerita banyak2 dah tak jadi summary pulak. Hihi. Harapan aku untuk tahun baru nanti aku nak cuba tingkatkan lagi mutu blog ni supaya jadi lebih baik dari tahun 2010. Kalau tahun ni keluar paper, tahun depan biarlah keluar berita TV3 pulak. Kalau tahun ni dapat buat 79 post je, tahun depan cuba buat 100 post pulak. Kalau boleh aku tak nak stop blogging ni. Sebab banyak ilmu baru aku boleh belajar dengan blog. Korang setuju tak?

So sehingga kita bertemu ni tahun depan. Ni la entry terakhir untuk tahun ni. hihi

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Thursday, December 30, 2010

fipper : sliper jepon dimodenkan


assalamualaikum . hari ni Noor Cahaya nak cerita pasal selipar jepon yang sangat dikecohkan oleh kengkawan den , Fipper tapi aku ckp sliper gajah je la sebab ade cop gajah dekat depan die tuh :)

walaupun Fipper ni nampak je macam sliper jepon , tapi selesa sangat ouh ( baru pakai sekali da gebang ) . pastu banyak kaler , semalam je aku nampak dekat beratus kaler dekat dalam kedai tu , hehe :) i amek warne purple , comel tak ?

sekarang aku punye yang classic , nanti kalau ade duet lebih boleh beli yang comfort punya :) kalau awak carik sliper kat umah² boleh la beli Fipper :) haa~ promote

for more info pegi sini :  http://www.fipperslipper.com.my/

p/s : semalam bola malaysia menang doe !

Wednesday, December 29, 2010

vampire knight

vampire knight


From left: Touya Rima, Shiki Senri, Ichijou Takuma,Kaname sempoi,Yuuki Cross, Kiryuu Zero,
Aidou Hanabusa, Kain Akatsuki, Souen Ruka. 
this is yuuki cross

this is kaname sempoi

this is kiryuu zero

vampire knight!!

Tuesday, December 28, 2010

Vampire Knight [OP-1] [SUB] [HIGH]

blog biru tak bermakna otak blue

hye peeps :) bloggie ini kembali kepada kebiru-biruan . hari tu edit template warne peach + chocolate tapi menyesal tak sudah . bhahaha . oke ini akan jadi look blog aku pada 2011 :) korang teruja tak nak masok tahon baru ? teruja tak ? well , aku tak kod sebab tahon depan akan jadi mangsa SPM . ohh tidak , Ya Allah selamatkan aku !

hari tu i beli encik cookie monster :) macam comel ke hape !?

tekan like kalau awak suka warne biru :)

Siapakah Dia 10 Header Blog Tercantik 2010 ?

Salam semua. Hari ni aku nak buat entry ringkas je. Korang tau tak yang blog 2dayblogger ada menganjurkan "Pencarian 10 Header Blog Tercantik 2010". Tak tau ke? Isykh2. Ok, macam ni. Konsep yang digunakan sama je macam Blog Pilihan Malaysia 2010 hari tu. Korang perlulah mengundi. Haa, ala2 pilihan raya gitu.

Blog aku antara 50 blog yang disenaraikan kat situ. Jadi kalau korang rasa blog aku ni layak. Korang boleh tekan button vote kat bawah ni dan cari http://ezhan-artwork.blogspot.com. Lepas tu tekan la vote. Kalau korang rasa ada yang lagi layak. Vote la diorang. Ingat kebebasan memilih ada lah ditangan korang ( Wah, macam kempen betul2 pulak). haha. Ok lah, tu je benda yang nak disampaikan. Selamat mengundi.

button

Monday, December 27, 2010

Toycam








Pocoyo!!






comel x pocoyo?
klau korang nk tgok pocoyo,
korg bgun pgi2 pkol 8..pstu POCOYO...

Sunday, December 26, 2010

Tips Men-Design Header

Hye semua, Apa korang buat hujung minggu ni haa? mesti keluar jalan2 kan. Maklum lah sekarang kan macam2 sale ada. Sale balik sekolah la, sale hujung tahun la. Fuhhh, rambang mata tu. Rasa macam banyak je benda nak sambar. Tapi malangnya, check dompet. Duit pulak tak cukup. Cisss.

Ok lah, berbalik pada tajuk kat atas tu hari ni aku nak bagi korang sedikit tips yang mungkin boleh membantu korang dalam mendesign header korang sendiri. Kalau nak diikutkan, dah ramai yang tanya aku macam mana aku design header aku tu. Ada yang suruh buat tutorial lagi tu. Sekarang ni aku tak nak lagi bagi tutorial. Aku nak bagi tips dulu. Sebab apa aku tak nak bagi tutorial lagi? Sebab header ni merupakan satu benda yang subjektif. Ada suka colourfull, ada suka simple, ada yang suka serabut2 sikit kan. So sebab tu aku tak nak bagi lagi tutorial. Tapi bukan lah makna aku takkan bagi terus. Aku memang akan bagi. So stay tune ya.

Jom kita tengok tips2 dari aku.

1. Pemilihan font
- Jangan gunakan font yang terlalu berserabut. Pilih font yang senang dibaca.
- Pemilihan font yang unik juga boleh menaikkan seri blog korang.
- Susun atur font jangan terlalu berterabur. Jangan terlalu ada jarak yang jauh ( Paham ke ni?)
- Kat mana nak cari font yang best2? Korang boleh pilih kat sini

(contoh pemilihan font)


2. Pemilihan Warna
- Warna pon sangat penting untuk header. Pemilihan warna yang kurang tepat boleh tenggelamkan seri header korang.
- So, cara nak selesaikan masalah ni, korang boleh check kombinasi color kat website yang aku rekemen ni
- Untuk background ni, aku lebih prefer transparent background sebab senang untuk di matchingkan.
- Sekiranya korang tak suka buat transparent background. Korang boleh cuba buat boarder kat sekeliling header tu.

(contoh header yang menggunakan background transparent )


4. Pemilihan Size
Pemilihan size ni bergantung pada tuan blog tu sendiri. Kalau nak besar buat lah besar, nak kecil buatlah kecil. Tapi apa yang nak dijelaskan kat sini ialah. Cuba memanfaatkan ruang yang ada. Maknanya, jangan terlalu plain dan jangan terlalu full. Tapi kalau kena dengan susun atur. Full pon akan nampak cantik.



5. Theme
- Lebih cun kalau korang ada theme dalam header korang.
- Cuba buat theme yang matching dengan blog korang. Contohnya macam , Kalau theme tu pink. Header pon mesti ada elemen pink dan objek2 yang comel.
- Kalau blog korang pasal teknologi, cuba pula selitkan elemen2 technologi



6. Lain-lain perkara
- Jika korang meletakkan apa2 gambar dalam header korang. Cut gambar tu sekemas yang mungkin.
- Cuba berfikir di luar kotak. Buat satu design header yang ada ciri2 unik tersendiri.
- Pastikan header korang tak lambat loading. Kalau lambat cuba compress kan gambar header tu kat sini ( http://www.imageoptimizer.net )
- Cuba korang cari inspirasi kat website2 yang memaparkan header2 menarik. Dari situ korang boleh la dapat idea. Kat sini aku senaraikan dua website yang boleh dirujuk. (sixrevisions) (vandelaydesign)

-------------------------------------------------


Rasanya ni je la yang aku mampu senaraikan. Ni semua hanyalah tips, bukan beerti korang perlu ikot 100%. Terpulang pada korang sendiri. Kalau korang rasa header yang korang design dah menepati citarasa sendiri. Pakai je. Sebab header ni pon melambangkan siapa sebenarnya diri kita.

Header ni pon sebenarnya merupakan antara elemen terpenting dalam blog. Sebab header ni merupakan first impression. So, kalau first impression kurang cemerlang. Macam mana nak tarik lagi ramai orang datang kan. ( Tu pendapat aku la )

Ok lah, cukup la tu aku merepek. hihi. Kalau korang rasa ada tips yang boleh ditambah jom la kongsikan. Kita belajar sama2. See, you next time ye.

p/s: thanks untuk huda sebab review blog ni. hihi. Siapa lagi nak review silakan ( Ceh tak malu betol budak ni)

Thursday, December 23, 2010

sugguh bosn..


Photoshop: Text Reflection

Salam semua. Bertemu kita kembali dalam segmen " Tutorial Bersama Ezhan Artwork". Haha. Dah lama kan tak bagi tutorial kat korang. So hari ni aku akan cuba ajar korang satu lagi basic dalam photoshop ni iaitu Text Reflection. Haa. Benda ni sangat best sebab dia boleh menaikkan seri korang punya text.

Rasanya kalau yang pandai photoshop tu mesti takde masalah nak buat reflection ni kan. So ni hanyalah sekadar revision untuk korang. hihi. Sebenarnya dalam penghasilan Text Reflaction ni. Ada banyak cara. Tapi aku paling suka cara yang aku tunjukkan ni sebab cepat dan mudah.

Ok lah, malas nak cerita banyak. Apa kata kita mulakan sekarang....

STEP 1
Buka perisian photoshop korang dan buka satu new file. Lepas tu tulis apa2 perkataan menggunakan Type tool (dalam bulatan kecil)

STEP 2
Duplicatekan pula layer text yang korang buat tu dengan menekan (ctrl+J).

STEP 3
Pada layer yang dah di duplicatekan tadi. Pegi pada Edit > Free Transform (Ctrl + T)

STEP 4
Bila dah tekan free transform tu tadi. Tekan pula "right click" pada mouse korang dan pergi pada "flip vertical". Tekan tu

So nanti jadi lebih kurang macam ni la. Tapi jangan tekan enter lagi...

STEP 5
Korang bawa pulak text yang dah di flipkan tadi kebawah. Macam gambar kat bawah ni. Baru tekan enter

STEP 6
Pergi kat layer atas sekali tu dan tekan right klik. Pergi pada "Restresize Type" dan tekan.

STEP 7
Seterusnya bila korang dah buat langkah tadi. Pergi pula pada "Rectangular Marquee Tool" dan ubahkan "feather" kepada 20 px

STEP 8
buat sagu segi empat pada bahagian bawah word tersebut ( seperti dalam gambar)

STEP 9
Bila dah buat segi empat tu. Tekan je Delete ( Pada keyboard korang ). Jadi lah seperti dibawah. Seterusnya korang tekan ( Ctrl + D ) untuk hilangkan kotak selection tu.

STEP 10
Untuk langkah terakhir. Korang setkan opacity ( dalam kotak kecil ) kepada 40%. Maka siaplah hasil kerja korang.

Ok tak tutorial ni? Harap takde masalah untuk korang ikut step2 yang ditunjukkan. Kalau ada yang tak jelas. Macam biasalah. Tanya je terus. Aku akan cuba jawabkan.

Tutorial ni bukan je boleh digunakan untuk text. Tapi apa2 benda yang nak dibuat reflection semuanya boleh. Gunakan je konsep yang sama. So bagi mereka yang baru nak berjinak2 dalam photoshop tu. Boleh la cuba ye. Selamat mencuba diucapkan

p/s: Nak ucapkan Happy Birthday kat sorang blogger comel ni Cik Lina. Semoga dimurahkan rezeki ye :D