Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Artwork: Book Cover Design

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Design type: Book Cover
Title: Manusia dan kebenaran
Medium: Adobe Photoshop CS3
Duration: Tak ingat lah

Hari ni tak banyak yang nak di bicarakan. Just nak tunjukkan antara hasil karya terbaru yang aku design. Ni merupakan cover buku ke-3 yang aku dah hasil kan. 2 untuk buku dan 1 untuk al-quran. Klik sini untuk tengok design lain ( sini, sini )

Perkara paling mencabar untuk design kali ni bila aku terpaksa selitkan tulisan jawi dalam design. Memang pening lah nak memikirkan mana nak cari tulisan jawi ni. Tapi akhirnya aku berjaya jugak selesaikan masalah ni. Caranya simple je. Tulis guna marker atas kertas, tangkap gambar dan masukkan dalam photoshop. Hahaha! Sebab tu la kalau korang tengok betul2 tulisan tu, nampak agak kurang kemas sebab tu tulisan tangan aku. Hihi. So apa pandangan korang untuk design kali ni. Berapa bintang agak2nya boleh dapat? hihi.

Ok lah tu, see you nest time

p/s: sekarang ni tengah sibuk menyiapkan design untuk kedai makan pulak. fuhhh, due date dah nak dekat ni.

Tuesday, March 8, 2011

Photoshop: Cara Menukar Warna

Salam semua. Rasanya dah lama blog ni tak di serikan dengan tutorial photoshop kan. Mesti dah ramai yang rindu ( konon2 la ). Ok lah, untuk memulakan balik sesi tutorial photoshop aku yang dah lama tak muncul2 kat blog ni. Hari ni aku akan ajar korang macam mana cara kita nak merubah warna sesuatu objek atau benda2 lain dalam photoshop.

Tuorial kali ni memang di khaskan untuk mereka yang baru nak mula menggunakan photoshop. Kalau yang dah expert tu mesti lah dah tau kan. hihi. Ok la, jom kita mulakan kelas kita...

STEP 1
Buka gambar yang dikehendaki dalam photoshop korang. Dalam tutorial ni, aku menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3.

STEP 2
Pergi pada selection tool dan plih "Quick Selection tool". Aku sarankan guna tool ni sebab mudah untuk kita select kawasan dengan cepat.

STEP 3
Select kawasan yang korang nak warnanya ditukar. *tips: select dengan cermat supaya hasil nampak memuaskan

STEP 4
Lepas korang dah select kawasan yang korang nak, pergi pula pada Image > Adjustment > Hue/Saturation. Atau korang boleh tekan ( CTRL + U )

STEP 5
Korang akan nampak 1 popup hue/saturation akan keluar. Tekan "rite" pada colorize (seperti contoh di bawah)

STEP 6
Ubah la color tu mengikut citarasa korang. Adjustkan sahaja Hue, Saturation dan juga Lightness tu. Bila dah berpuas hati klik OK.

STEP 7
Untuk menghilangkan garisan2 selection tu. Korang tekankan sahaja ( CTRL + D ).

Jeng...jeng...jeng... inilah hasilnya

*tips
Korang boleh menggunakan tools yang lain untunk membuat selection, tak semestinya yang aku tunjukkan dalam tutorial kat atas. Kat sini aku tunjukkan antara tools yang sesuai untuk membuat selection


Maka dengan ini, berakhirlah kelas tutorial kita. Senang gila kan. haha. Lepas ni boleh la korang praktikkann kan pada gambar2 yang korang edit. Ok lah sampai sini je post kali ni. Tak paham terus tanya yek. Adiossss.....

p/s: sebarang tempahan untuk apa2 design akan dibekukan buat sementara waktu. Dah terlalu banyak sangat ni.

Tuesday, February 8, 2011

Inspiration: Best Collection of Photo Manipulation

Hello2 rakan blogger dan bukan blogger sekalian. How are you guys doing? hihi. Hari ni nak tujukkan kat korang semua gambar2 yang sangat2 lah amazing nye. Gambar apa yang aku nak tunjuk ni? Sebenarnya gambar yang aku nak tunjukkan ni ialah koleksi photo yang dah di manipulasikan atau bahasa saintifiknya "photo manipulation".
Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means -wikipedia
Koleksi2 gambar ni adalah dari designer2 dari seluruh dunia. Diorang ni sangat2 lah berbakat. Aku kalau boleh nak sangat edit gambar macam diorang. Tapi malangnye still tak mampu lagi. Ok lah. apa kata korang layang karya2 diorang yang hebat ni.

jom tengok yang lain pulak...










































hebat kan diorang ni. So, kepada mereka2 yang nak jadi designer kat luar sana tu. Boleh la jadikan ni sebagai inspirasi untuk korang dapatkan idea. Ok lah , sampai sini je. see u next time.

p/s: sekarang ni tengah sibuk dengan projek design terbaru. Nak tengok? kena la tunggu. hihi