Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

16 Dompet Paling Kreatif

Hai semua, hari ni just nak buat entry santai. Nak ceria2 kan minda dengan gambar2 yang cukup menarik. Apa yang aku akan kogsikan ni berkaitan dengan dompet. Rasanya semua orang pakai dompet kan. Aku pon pakai dompet jugak. Kulit lagi tu jenama Fossil ( Perlu ke bagi tau benda ni?). Mostly orang Malaysia punya dompet ni kurang kreatif. Semua pattern lebih kurang je kan.

Apa kata lepas ni korang cuba cari pulak dompet2 yang aku nak tunjukkan ni. Memang dompet2 ni tersangat lah kreatifnya. Kalau nampak orang pakai. Memang nampak lebih hensem dan cun melecun lah. So, jom kita tengok dompet yang sangat kreatif ni...

Dompet Daging

Dompet Crossword
Memang sesuai untuk orang yang sentiasa inginkan cabaran.

Dompet Duit
kebarangkalian untuk dompet ni dicuri lebih tinggi berbanding dompet biasa

Dompet Roti Bakar
Kalau lapar tenung dompet ni lama2, insyaAllah lapar tu akan hilang. haha

Dompet LEGO
kalau bosan2 tunggu bas tu, korang boleh la main lego

Dompet Kertas
Dompet ni memang diperbuat daripada kertas. Korang pon boleh try buat guna kreativiti korang sendiri
Dompet Peta
Antara alternetif lain jika anda tiada GPS

Dompet Titanium
Dah macam rupa housing external hard disk la pulak

Dompet Makanan
Berhati2 jika menggunakan dompet ini di bulan puasa. Orag akan salah sangka nanti

Dompet bentuk Nokia x70
Kalau boleh call guna dompet ni mesti lagi stylo

Dompet Kaset

Dompet " Gun Holster "
Anda akan nampak seperti seorang gengster kalau menggunakan dompet ni

Dompet Kalis Air
Lepas ni tak perlu risau kalau dompet terjatuh dalam longkang lagi. Duit tak kotor punye.

Dompet 2.0
mempuyai compartment berasingan untuk setiap item


Dompet Surat
Design yag seakan2 sampul surat. Kalau dah habis sampul surat kat rumah tu. Guna dompet ni pon boleh. Cuma jangan lupa taruk stem je.

Dompet "ring binder"/ kertas kajang
Kalau kekurangan kertas, dompet ni memang lah sangat membantu

Dalam banyak2 kat atas ni, paling aku suka yang gun holster tu, serius cool. Boleh berlagak macam polis sikit kan. haha. Korang suka yang mana pulak?

Sunday, December 19, 2010

30 USB Thumb Drive Yang Kreatif

Hye semua! macam mana weekend korang. Best tak. Weekend aku tak best la. Boring je. Mana taknye. Hujan je pagi petang. Otak pon jadi lembab. Nak keluar memang malas la. Ok lah hari ni just nak buat entry santai je. Tak nak serius2. Haha.

Hari ni apa yang aku nak sharekan kat korang ada lah design2 thumb drive yang sangat2 kreatif. Sekarang ni macam korang boleh tengok kat kedai2 dah macam2 design thumb drive ni kan. Ada yang comel, ada yang kecil gila, ada yang bercolor2. Macam2 la. Sampai rambang mata nak pilih. Capacity pon makin lama makin besar. Sekarang ni paling besar 16 gb kan (Ada lagi ke yang lagi besar?). Silap2 lagi 3 tahun, 1 Tera pon ada jual.

Ok lah. Malas nak membebel panjang. Apa kata korang tengok sendiri kekereatifan yang ditonjolkan dalam design thumb drive diorang ni. Check it out...

Teddy Bear kepala tersangkut. hihi

patung ni boleh gerak2 macam orang tengah bersenam

Kura2 berteknologi tinggi

2 in 1. Ada sticky note tu...cool



Ni kalau dah kelaparan sangat waktu buat kerja. Makan je terus.

Ni memastikan rambut korang sentiasa kemas waktu buat kerja. hihi

Ni silap2 kena tahan polis kalau nampak. haha


Sesuai untuk suri rumah yang suka basuh baju. bleh guna untuk sidai baju sekali ni.




Kalau tengah makan ubat tu, jangan tersilap telan thumb drive ni dah la. Habis hilang data nanti


untuk apple lover.



Faveret aku. Teringin gila nak yang ni.

2 in 1. Tie dengan usb

Khas untuk doktor2 diluar sana

Siapa kata sekarang ni diskette dah tak guna lagi.


Ni pon best jugak ni. Transformers

Remote Nintendo Wii

Nak prank orang memang best ni



So amacam. Sangat kreatifkan mereka2 ni. Aku rasa yang kamera tu la paling aku suka. Haha. Pasal aku minat photography. Yang mana 1 pulak faveret korang?

Ok lah. Sampai sini je untuk kali ni. Bye2.

p/s: Pesal la kat Malaysia susah nak jumpe design2 yang cool macam ni...hmmm