Saturday, November 27, 2010

ambek award dekat sini !

:99: pada gamba untok save

Award lagi dari noor cahaya serukaler dah lame tak buad award kan ? so kepada followers yang tersayang star4 terima kaseh sebab tekan button follow tu . sila ambek award ini okeh . saya sayang awak ketat² hug . weeee~

nak award ? follow dulu :)

Friday, November 26, 2010

Top 10 Blogger Dalam Dunia.

Salam geng2 semua. How are u guys? Harap ok lah ye. Setekat hari ni aku berblog apa yang aku nampak, dunia blog kat Malaysia sekarang ni dah mula berkembang. Setuju tak? Dah ramai yang mula nak berblogging dan diorang ni mempunyai matlamat sendiri dalam dunia blog. Ada yang sekadar suka2, ada yang nak kongsikan ilmu yang diorang ada. Ada jugak yang berblogging untuk dapat side income. Sebenarnya matlamat tu semua terpulang kepada diri sendiri. Apa yang korang impikan dari blog korang semua. Adakah sekadar nak menambah page view dari hari ke hari atau nak blog korang terkenal satu dunia. Tu semua hanya korang sendiri yang tentukan.

Ok lah, hari aku nak tunjukkan kat korang 10 Blogger paling hebat dalam dunia ni. Kenapa diorang ni hebat sangat? Sebab diorang telah menaikkan martabat blogger2 dengan menunjukkan blogging pon mampu menjana pendapatan jutaan ringgit sebulan. Wow!!! kalah gaji PM kita ni. Haa, diorang ni lah patut dijadikan role model dalam dunia blog jika korang nak jadikan blog sebagai satu kerjaya. Kat Malaysia ni pon aku nampak dah ada segelintir blogger yang mampu dapat ribuan ringgit setiap bulan. Aku rasa dalam 5 tahun akan datang, mungkin akan ada yang dapat capai tahap macam blogger2 yang akan aku tunjukkan ni.

Jom berkenalan dengan blogger2 hebat ni...
Nama pemilki: Michael Arrington
Umur: 40 tahun
Pendapatan: $ 8,000,000 setiap bulan
Topik: Silicon valley startups
Ranking Alexa: 355
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 26 juta pelawat sebulan
Follower twitter: 1.5 Juta follower
Teknik pengiklanan: Google Adsense, Banner Ads, Text advertising

Fakta Menarik
-Michael Arrington memulakan blog ni hanya sekadar hobi.
-Mengupdate 20-30 post setiap hari
-Sekarang ni, beliau sudah mempunyai 40 orang blogger dalam teamnya.
-Merupakan blog teknologi terbaik dunia


Nama pemilki: Pete CashMore
Umur: 26 tahun
Pendapatan: $ 6,000,000 setiap bulan
Topik: Social media
Ranking Alexa: 281
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 25 juta pelawat sebulan
Follower twitter: 2 Juta follower

Fakta Menarik
-Mewujudkan blog Mashable ni pada umur 19 tahun
-kini sudah menjadi seorang jutawan dalam dunia blog


Nama pemilik: Mario Lavandeira
Pendapatan: $ 2,000,000
Topik: gosip celebrity antarabangsa
Ranking Alexa: 660
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 1 juta pelawat sehari
Teknik pengiklanan: Banner

Fakta Menarik
-Menjadi kaya dengan hanya menyebarkan khabar angin dan gosip2 panas.
-menulis 20-30 post sehari.
-mendapat banyak jemputan untuk talk show dan event2


Nama pemilik: Timothy Sykes
Umur: 29 tahun
Pendapatan: $ 1,800,000
Topik: Stocks
Ranking Alexa: 39,267
Sumber pendapatan: dari "affiliate sales" dan skim pembayaran membership

Fakta Menarik
-Sudah menulis lebih dari 2000 blog post sehingga sekarang
-Banyak memberi tips bagi yang menjadi member di blognya.


Nama pemilik: Collis Taeed
Umur: 29 tahun
Pendapatan: $ 1,200,000
Topik: Tutorial mengenai design
Ranking Alexa: 656
Sumber pendapatan: skim membership

Fakta Menarik
-Merupakan seorang designer dari German
-merupakan blog tutorial yang paling hebat setakat ini
-Blog paling aku suka lawati *hihi, menyelit sikit


Nama pemilik: Jake Dobkin
Pendapatan: $ 1,100,000
Topik: New York city life and events
Ranking Alexa: 8,118
Dilancarkan: 2003
Page Visitor: 3.6 juta pelawat sebulan
Sumber pendapatan: Double click (* aku pon tak tahu double clik ni apa)

Fakta Menarik
-75% visitor adalah dari New York sendiri.
-Walaupun visitornya tak la sehebat yang lain. Tapi pendapatannya diluar jangkaan


Nama pemilik: Matt Marshall
Pendapatan: $ 1,000,000
Topik: Venture Capital and startups
Ranking Alexa: 3,582
Dilancarkan: 2006

Fakta Menarik
-Merupakan pemegang PhD dan seorang journalist


Nama pemilik: Gina Trapani
Pendapatan: $ 1,080,000
Topik: Downloads, software and tips
Ranking Alexa: 689
Dilancarkan: 2005
Page visitor: 300,000 pelawat sehari

Fakta Menarik
-Merupakan seorang web developer
-Banyak web lain yang berkolaberasi degan beliau.


Nama pemilik: Vitaly Friedman
Pendapatan: $ 1,050,000
Topik: Web design and development
Ranking Alexa: 528
Dilancarkan: 2006
Page visitor: 5,000,000 pelawat sebulan

Fakta Menarik
-Banyak memaparkan tips2 untuk web designer.


Nama pemilik: Richard MacManus
Pendapatan: $ 60,000
Topik: Social media and web trends
Ranking Alexa: 1,461
Dilancarkan: 2003
Page visitor: 1,000,000 pelawat sebulan

Fakta Menarik
-seorang blogger dari New zealand
-dikenali sebagai leader dalam peramal teknologi untuk masa akan datang

Oklah, ini je faktar yang aku dapat kumpulkan. Ada banyak lagi sebenarnya faktar yang best2. Tapi dah tak larat nak mencari. hihi. Harap korang dapat mencontohi usaha gigih diorang ni dalam blogging. Ingat! blogging pon boleh jadi satu kerjaya yang professional jika kena pada tekniknya. Belajar lah dengan diorgang yang betul2 expert. Mana lah tau nanti korang bleh dapat juta2 jugak dengan blogging je. So sampai disini je. Kalau ada fakta yang tersilap, sila perbetulkan ye.

p/s: post ni antara post paling lama aku nak buat. fuhhh, letih woo dari tengah hari menghadap blog je. hihi...

Thursday, November 25, 2010

infinite days

seronoknya bila wishes come true gelak . yaahh , aku besusah payah carik buku ini dari bulan tujoh tahu Yawn merayap² dekat mph mid valley tu dua tiga kali baru la jumpe . da la mph dkt mid tu besaaaar gile gado silap² boleh sesat . hahaha . anyway , buku ni best tau lagi² korang peminat vampire lovelmpt and stuff *macam aku LOL . okeh² sape da bace buku ni , comment siket . LOL

wishing dosen't hurt . hoping it comes true does
baru bace bab satu dah kate best *sigh

Wednesday, November 24, 2010

tutorial : icon comel di post (emoticons)

korang perasan tak kadang² dekat post aku ade icon comel² ? itu emoticon . hari ni cikgu cahaya nak ajar korang cara² nak pasang emoticon di blogger okeh . tapi sebelum tu aku nak ingatkan yang this will only work in mozilla firefox . okiee mari kita mulakan

Photobucket  mula² bukak firefox korang tu then pegi site ini : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748/


Photobucketlepas tu sila tekan button Add to Firefox , dah siap install , restart firefox balek

Photobucket sila pegi ke site ini : http://userscripts.org/ . ini site yang korang akan meng-install emoticon² tersebut . nak install satu ? seratus ? silakan . cuma taipkan emoticon di search box .


Photobucket pastikan emoticon yang nak di-install sesuai dengan Blogger . dia ade tulis dekat bawah link tu .

Photobucket  klik la link emoticon yang bekenan tu then picit button install .

NOTE : pastikan korang menggunakan old editor di blogger . kalau tak nanti tak jadi . 

Blogger >> Settings >> Global Settings >> picit button Old Editor dan save

ALAMAK EMOTICON NI TAK CANTEK , MACAMANE NAK UNINSTALL ?


lepas dah install Grease Monkey korang akan perasaan yang ade gambo monyet comel dekat bawah , tepi sebelah kanan firefox . right-click gambo monyet itu dan picit Manage User Scripts .

select icon yang tak bekenan tu then picit button uninstall . senang saje kan ?

dah buad ? letak lah comment :)

Fakta "Facebook" Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Macam yang kita sedia maklum, Facebook merupakan satu laman sosial paling popular kat dunia sekarang ni. Sebab terlampau hebat lah sampai diorang sanggup buat filem pasal facebook ni. Kat sini aku just nak share je benda yang aku jumpa waktu tengah meronda2 kat internet tadi. hihi. So baca la faktar menarik ni.

Facebook: What You Probably Didn't Know
[Source: Online PhD Programs for Mashable.com]

Tuesday, November 23, 2010

photoshop tutorial : firework effect

oke murid² semua , hari ni kita akan belajar cara² nak buad effect firework dalam gambo macam dalam video katy perry - firework tu . barang² yang korang perlukan ialah :

●  software photoshop . ( dalam tuto ni photoshop CS3 digunakan )
●  gambo (kalau boleh ambek yang ade satu light source)
● gambo firework , asap dan out of focus light/bokeh (ambek yang background hitam untuk effect realistik)

mari kita mulakan ...


Photobucket  bukak gambo korang tu dalam ps (photoshop) . aku pakai gambo Ian Somerhalder sebab dia hensem .muahahaha


Photobucket  pegi tab Filter >> Render >> Lens Flare dan setkan dia dekat bahagian dada . brigthness dan lens type tu ekot suke korang la nak setkan .


Photobucket  lepas itu pegi tab Filter >> Render >> Lighting Effects dan adjustkan dia dekat punca cahaya . ( bukan aku )

Photobucket  lepas tu , bukak gambo firework , asap dan bokeh tadi . tarik gambo² tersebut ke dalam gambo yang nak diedit dengan mengunakan Move Tool pada toolbar di sebelah kiri .lagi banyak gambo yang ditarik , lagi gempak

Photobucket  korang boleh adjust saiz gambo dengan menekan button CTRL + T . ye background dia maseh ade lagi . aku tau .

Photobucket  lepas dah susun molek² , korang akan perasan yang banyak Layer akan keluar , so untok menghilangkan background dia tu , picit satu² layer tadi dan tukarkan kotak Normal kepada Lighten (sila rujuk gambo dibawah) . jangan korang tuka gambo yang nak diedit tu pulak , hanya layers firework , asap dan bokeh sahaja .


Photobucket  background hitam tadi akan hilang dan yang tinggal effect firework tu saje . boleh la save . ini la hasilnya :)

sape da siap angkat tangan !


da buad ? campaklah comment anda :)

Monday, November 22, 2010

Photoshop: Cutout Painting Effect

Salam untuk semua. How are u guys. Harap semua bertambah sihat la ye. Maklumlah hari tu raya mesti korang banyak makan kan. haha! Hari ni aku berbesar hati nak bagi lagi 1 tutorial yang best untuk korang. Tutorial membuat "Cutout Painting Effect". Haaa. Maybe korang pernah tengok tutorial macam ni kat mana2 website lain. Tapi mungkin agak susah untuk korang faham sebab penerangan yang terlampau ringkas terutamanya bagi yang baru2 nak belajar photoshop ni.

Ok, untuk tutorial ni aku cuba eleborate sejelas2 yang mungkin. Kalau korang follow step yang ditunjukkan betul2. Confirm jadi punya. Money back guaranty cakap lu. Nak bagi tau awal2 yang tutorial ni tak sesuai digunakan untuk photo yang bersize terlalu besar. Sebab effect dia nanti kurang menjadi. So korang resize dulu gambar bagi kecik sikit.

Jom lah kita tengok tutorial ni...

STEP 1
Buka gambar yang nak di edit. Dalam tutorial ni aku menggunakan photoshop CS3. So terpulang lah korang nak guna version apa. Aku juga gunakan gambar dari sini

STEP 2
Duplicatekan Backgroud layer dengan menekan (Ctrl+J). Namakan layer baru tu dengan nama "overlay".

STEP 3
klik pada layer overlay tadi. Pergi pada Filter > Artistic > Cutout

STEP 4
Setkan Number of level=8, Edge simplicity=4, Edge fidelity=1 (setting ni terpulang kepada korang sendiri, Nak ubah pon takpe). Tekan OK

STEP 5
Pada layer overlay tadi, ubahkan blending modenya kepada overlay.

STEP 6
Duplicate lagi layer background sebanyak 2 kali. (Pada layer background tekan (Ctrl+J) 2 kali). Namakan layer baru tadi dengan nama "Relief" dan "Color". Pastikan layer "relief" berada di bawah layer "color".

STEP 7
Klik pada layer "relief". Pergi pada Filter > Sketch > Bas Relief

STEP 8
Setkan Detail=12 dan smoothness=5. Kemudian pada light, tukar kan mode kepada left (setting ni pon terpulang kepada korang sendiri, Nak ubah pon takpe). Tekan OK

STEP 9
Klik pula pada layer "color". Tukarkan blending mode dia kepada "color". Gambar korang nanti akan jadi macam kat bawah ni.

STEP 10
Ok. Tekan Ctrl dan klik pada layer "color" dan "relief". Lepas tu korang tekan pulak (Ctrl+J). Maka layer tu tadi akan bergabung jadi 1. (tengok gambar kat bawah)

STEP 11
Pada layer yang dah di mergekan tadi. Pergi kepada Filter > Artistic > Cutout

STEP 12
Setkan Number of level=8, Edge simplicity=6, Edge fidelity=1 dan tekan OK.

Maka hasilnya korang akan dapat lebih kurang macam gambar kat bawah ni. Cantikkan.

STEP (tambahan)
Step ni terpulang kat korang nak buat atau pon tak. Untuk naikkan lagi color dia biar nampak cantik. Duplicate layer "overlay" dengan menekan (Ctrl+J). Nanti gambar akan jadi macam kat bawah.

Harap korang faham la ye. Sebenarnya nak buat dia sekejap je. Tak sampai 5 minit pon. Tapi step ni nampak panjang sebab aku cuba eleborate supaya korang senang faham. Tapi kalau korang rasa susah nak faham, bagi tau la ye. Aku cuba betulkan yang mana silap. Ok lah!, selamat mencuba

p/s: tutorial ni merupakan request dari korang semua. Aku akan cuba tunaikan lagi request yang tak tertunai lagi tu ye. So harap korang bersabar. tehee