Monday, January 31, 2011

photography: "Aperture"

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...


Rupa Bentuk Aperture

Haa, ni la rupa bentuk dalam lens dan yang macam bunga tu la aperture.


Photobucket
Macam ni la rupanya bila aperture terbuka dan tertutup.

Di bawah ni adalah contoh yang amat jelas. Bila bukaan aperture luas ( f/1.4 ). Maka cahaya dapat masuk lebih banyak dan bila cahaya masuk terlalu banyak, kawasan fokus akan menjadi terhad. Tapi bila bukaan aperture kecil ( f/16 ), cahaya yang masuk akan kurang dan lensa boleh memfokus dengan lebih baik. Korang faham tak?

(gambar dari: shortcourses)

contoh lain
  1. f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus akan terhad. kawasan yang berada di belakang objek akan menjadi kabur ( Bokeh )
  2. f/8: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang masih lagi kabur/blur ( Bokeh )
  3. f/22: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. So, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik.
Contoh gambar


Kesesuaian Aperture

Kalau dalam dunia fotografi, selalunya nombor aperture yang besar ( contoh: f/22 ) digunakan untuk menangkap gambar pemandangan atau apa2 jenis gambar yang memerlukan detail yang lebih. Contohnya macam gambar kat bawah ni.
(gambar dari koleksi national geographic)

Kalau nombor aperture yang kecil pula ( contoh: f/1.8 ), ia sangat sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait, wedding dan macro. Sebab dioa dapat mengasingkan gambar background dengan objek. So object akan nampak lebih menonjol. Contohnya macam gambar bawah ni
(gambar dari koleksi national geographic)

Rasanya tu je lah kot yang boleh di kongsikan. Nak kongsi lebih2, ilmu sendiri pon belum cukup banyak lagi. haha. Harap article ni sedikit sebanyak dapat la memberi input kat korang yang baru berjinak2 dengan DSLR ni ye. So, korang boleh la try explore2 fungsi aperture yang ada kat kamera korang tu ye.

Sunday, January 30, 2011

photoshop tutorial : header bersambung dengan blog


oleh kerana banyak demand daripada bloggers sekalian *cewah ayat kau so aku buad la tutorial ni . tapi ber-jam² aku pikir tajuk ape la letak ni . karang salah maksud pulak . adohai , oke kepada yang tak paham maksodye ialah ; header tu melekat dengan badan blog . macam dekat gamba di atas . oke mari kita mulakan :)

Photobucket  pastikan tiada code yang menyemak di bahagian atas badan belog , kalau korang ade buad border ke hape ke sila tukarkan code tersbut kepada code individu contohnya :




 sebelum :

selepas :




Photobucket  oke sila bukak photoshop (PS) masing² dan pegi then click File >> New ataupun CTRL + N . adjust width , height . since korang nak header ni melekat dengan body blog so sila pilih option "transparent" bagi background contents



Photobucket  tekan "U" pada keyboard dan korang akan notice pada toolbar pada kiri ade button kene highlight (oke aku tak tau ape name die) . pastikan dalam "fill pixel" mode dan pilih either shape "rectangle tool" or  "rounded rectangle tool" pada toolbar di bahagian atas . aku pilih "rounded rectangle tool" okeh :)


Photobucket  pilih kaler yang berkenan . aku pilih kaler hitam supaya senang korang nampak :) buad sampai bucu hujung shape tu sentuh pada tepi lining header . then , tarik dia ke bawah dengan menggunakan "move tool"


Photobucket  kalau tak puas hati resize pakai CTRL + T . then start la membuat header korang sesuka hati :) boleh rujuk tutorial ini : http://ceritacaye.blogspot.com/2010/12/photoshop-tutorial-membuat-header.html


Photobucket oke da siap ! sila save dalam format png dan letak comment . tenkiu

Friday, January 28, 2011

doodle jump buat mate lebam


FUUUHHH *tiup habuk . . . da lame tak update belog sampai berhabuk . ishh² anak dara sapa la nii themoticon-2. HEHE , sebenanye charger lappy rosak lah baru semalam beli . sorry kepada peminat² i sebab tak post entry baru *bila mase ko ade peminat cik kak oiii

anyways , korang nak tau macamane aku menghabiskan mase dengan tade internet dan mouse untok di click ? yahh dengan ulang kaji maen game doodle jump :005: dekat fone . hahaha . game ini sangat addictive tahu ? dah la comel² je character die . sampai tak tido malam sebab nak compete dengan suya thmisc-11.

download doodle jump . click SINI

Basically , korang kene lompat² atas bende petak tu sampai ke atas . makin lame makin susah sebab kene lawan dengan alien² yang tak comel thmisc-23 . DUSHH DUSHH hambek kau ! muahahaha ! pastu kadang² kene telan dengan black hole tu . TIDAKKK ! eh over pulak aku ni .

oke itu je bai

tekan like kalau awak suka bende comel

Thursday, January 27, 2011

Infographic: Evolution of BATMOBILE

Tadi waktu tengah syok2 surfing internet nak cari ilham, tiba2 terjumpa pulak 1 infographic yang sangat cool ni. Infographic ni berkaitan Batman. Woo, cakap pasal batman, aku minat gila cerita batman ni. Paling aku suka vehicle yg digunakan. Design dia superb dan canggih. Paling aku suka kereta "Thumbler" dalam cerita "Dark Knight". Rare gila la design dia. Dapat sebijik taruk kat rumah mesti semua orang pandang. haha. Ok lah. Infographic yang aku jumpa ni sebenarnya berkaitan Batmobile yang digunakan dalam animasi Batman dari tahun 1941 sampai lah 2010. Banyak gila rupanya design2 kereta batmobile ni. Baru aku tau bila tengok infographic ni.

Kalau korang pon nak tau ada banyak mana batmobile ni, jom tengok infographic ni...




haa, banyak gila kan batmobile ni. sampaikan aku terpaksa cut cut gambar infographic ni sebab besar sangat. haha. Agak2nya la, tahun ni ada tak batmobile baru nak keluar? Kalau ada mesti mengancam kan. Tak sabar nak tunggu kemunculan batmobile baru ni.

Sunday, January 23, 2011

Facebook vs Twitter vs Google vs Yahoo

Bila kita sebut je pasal Google dan Yahoo. Mesti kita dah tahu bahawa dua nama besar ni merupakan antara "search engine" paling popular dalam internet. Macam tu jugak dengan Facebook dan Twitter. Dua nama ni pon dah cukup sinonim dalam dunia "social network". Tanya je semua orang, confirm tau la semua nama2 besar ni. Budak kecik yang baru tadika pon silap2 dah tau kan.

Ok, apa sebenarnya aku nak tunjukkan kat korang ni. Tajuk macam dasyat je. Tapi sebenarnya aku just nak share je dengan korang koleksi2 gambar office bagi google, yahoo, facebook dan twitter ni. Selama ni kita tau guna website diorang je kan. Tapi di belakang tabir tu kita tak pernah pulak nak ambik tahu kan. So hari ni jom kita terjah pejabat2 diorang ni ( macam melodi la pulak).

Jom terjah....

GOOGLE

























-------------------------------------------------------
FACEBOOK



















-------------------------------------------------------

YAHOO












-------------------------------------------------------

TWITTER



















-------------------------------------------------------

Amacam, office2 diorang sangat cool kan. Rasanya kalau lah dapat kerja kat office yang macam ni. Mesti takde rasa tekanan langsung. Enjoy je. Hari2 pon rasa nak pegi kerja. Takde la asyik cari alasan nak ponteng kerja je kan. haha.

Kalau lah diberikan peluang untuk bekerja di salah sebuah company besar kat atas ni (google, yahoo, facebook, twitter) yang mana satu kah pilihan hati korang? Kalau aku lah kan, aku rasa aku nak kerja kat google. Sebab dia punya environment tempat kerja sangat lah syok. Banyak tempat bersuka ria. haha. Tak lah tension nanti. So macam mana pulak dengan korang?

p/s: Ni merupakan post bergambar paling panjang dalam sejarah ezhan artwork (maka kelajuan internet amat lah penting kalau nak tengok post ni tanpa problem)